PENGENALAN KEPADA UBBL 1984 (PINDAAN 2021)
Pengajian berkenaan dengan proses serahan, kesalahan-kesalahan biasa semasa serahan, serta pengenalan kepada sistem pepasangan kebakaran (sistem pasif dan aktif)
KONSEP REKAAN DALAM UBBL 1984
Pengajian berkenaan memahami konsep asas rekabentuk yang mematuhi UBBL 1984, kaedah mengoptimumkan rekabentuk dengan pematuhan fire requirement yang minimum, serta meminimakan kesalahan semasa serahan pelan kepada pihak berkuasa.
PROSEDUR SERAHAN SIJIL PERAKUAN BAHAN
Pengajian tentang jenis-jenis yang memerlukan sijil perakuan bahan, proses serahan, serta kesalahan-kesalahan biasa semasa serahan
KESELAMATAN KEBAKARAN DI DALAM BANGUNAN
Pengajian tentang asas sains kebakaran, sistem pepasangan kebakaran di dalam bangunan (sistem pasif dan aktif), serta pengenalan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988
Pengajian tentang Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), menghapuskan bahaya kebakaran, perakuan bomba, serta kesalahan-kesalahan berkaitan Akta 341.
KURSUS KOMPETENSI ASAS PERTOLONGAN CEMAS, CPR & AED
Mengetahui apakah itu pertolongan cemas dan peranan sebagai seorang Pembantu Pertama (First Aider), mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan rawatan awal yang perlu diberikan, demonstrasi perawatan awal kecemasan atau pertolongan cemas mengikut kecederaan, teknik menghentikan pendarahan, pengurusan mangsa tercekik dan melakukan CPR sebagaimana yang menjadi amalan sebagai seorang pembantu pertama (First Aider).
KURSUS ASAS PEMADAMAN KEBAKARAN
Kursus ini akan memberi pendedahan berkenaan asas sains kebakaran dan pepasangan keselamatan bangunan di dalam premis bangunan. Peserta kursus juga akan diberi pendedahan tentang alat pemadam api mudah alih dan cara penggunaannya. Kursus ini menggabungkan metodologi teori dan praktikal semasa sesi pembelajaran.
KURSUS ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN DI STESEN MINYAK
Pengajian tentang kepentingan sistem keselamatan kebakaran, pemasangan dan penyelenggaraan sistem pepasangan keselamatan kebakaran, tatacara penyediaaan Laporan Keselamatan Kebakaran dan Pelan Tindakan Kebakaran dan Kecemasan, serta tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa, dan selepas kecemasan.